Oh! Artis
Musa Exists Dedah ‘Kawan Lama’ Asyik Mencari Punca Mamat Sukar Pulih Dari Dadah
Penyanyi popular, Mamat Exists baru-baru ini didenda RM4,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pada 2019.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin turut diperintah menjalani tempoh pengawasan bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang selama dua tahun.
BACA: “Mamat Di Tempat Yang Tinggi” – Nabil Ahmad Minta Netizen Husnuzon
Sebagai rakan, anggota kumpulan Exists iaitu Musa Radhi memberitahu mereka tidak pernah ketepikan Mamat, sebaliknya sentiasa menyediakan pentas dan menunggu Mamat sebagai penyanyi.

Mereka sebenarnya selalu berusaha mencari jalan untuk membantu Mamat supaya ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ dengan mereka.
Kalau dilihat daripada anggota-anggota Exists yang ada ini, dia paling diuji dengan ujian agak berat dan berulang-ulang.
Kata Musa, semua anggota kumpulan sudah berhijrah dan menetap di Kuala Lumpur sementara Mamat seorang masih menetap di Johor.

Musa mendakwa kehidupan Mamat di kampung sebenarnya banyak merosakkan kerana ‘kawan lama’ sentiasa mencari.
Ada seorang peguam pernah menasihatkan, kalau boleh bawa Mamat keluar dari kampungnya itu supaya ‘kawan-kawan lamanya’ tidak datang mencari lagi.
Musa tidak menolak ‘kawan lama’ menjadi punca Mamat sukar pulih dan akhirnya tewas di saat dia sudah bersedia mahu mengorak kehidupan baru.
Saya faham, Mamat mungkin memilih hidup di kampungnya kerana ada rumah pusaka peninggalan arwah ibu bapa, termasuk abang dan kakak yang tinggal berdekatan untuk menjaga dia.
Musa berpendapat sudah tiba masanya Mamat fokus kepada diri sendiri dan kerjaya. Apatah lagi, Mamat sudah berkorban dari kecil menyanyi untuk menampung kehidupan keluarganya di kampung.
Jelasnya, sebelum ini Ezad pernah menasihati Mamat di mana diri sendiri perlu kuat ‘melawan’ untuk bebas dari ketagihan sepenuhnya.
Musa berharap peminat dapat terus mendoakan kebaikan buat Mamat supaya berubah dan insaf.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Harian Metro
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM