Connect with us

Oh! Media

“Mula Tunjuk Minat Fesyen” – Anak Perempuan Shuib, Talita Jadi Pewaris Perniagaan Arwah Ibunya

Oh! Artis

“Mula Tunjuk Minat Fesyen” – Anak Perempuan Shuib, Talita Jadi Pewaris Perniagaan Arwah Ibunya

Anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzakira Talita Zahra akan meneruskan bisnes jenama Ratasha Empire (M) Sdn Bhd yang merupakan milik ibunya.

ADVERTISEMENT

BACA : Shuib Dedah Telah Kenali Orang Baru?

Menurut laporan Astro Gempak, perkara itu telahpun dikatakan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Ratasha Empire, Siti Fatimah Suberi.

Walaupun baru saja berusia 9 tahun, Talita dikatakan telah menunjukkan minat terhadap perniagaan dan juga fesyen.

Bagaimanapun, Fatimah yang juga merupakan ibu tiri kepada Siti Sarah akan menguruskan dulu bisnes ini sementara Talita menunggu dia bersedia menguruskan perniagaan itu.

Malah, kami juga merancang bagi memperkenalkan koleksi tudung kanak-kanak sempana kedatangan Aidilfitri nanti.

Semoga segala urusan keluarga Allahyarham Siti Sarah dipermudahkan, begitu juga dengan semua umat Islam didunia ini. Apapun, semoga wabak yang melanda ini akan berakhir supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas