Connect with us

Oh! Media

“Mudah-Mudahan Ya Allah Semoga Istiqamah” – Laudya Cynthia Ingin Bersara Daripada Dunia Seni

Oh! Artis

“Mudah-Mudahan Ya Allah Semoga Istiqamah” – Laudya Cynthia Ingin Bersara Daripada Dunia Seni

Pelakon cantik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang popular dengan filem Syurga Yang Tak Dirindukan memohon semoga orang ramai mendoakan dirinya istiqamah dalam penghijrahan yang dibuat.

ADVERTISEMENT

BACA: Zaskia Sungkar Tak Suka Laudya Cynthia Bella Sejak Sekolah

Memetik laporan liputan6, Bella membuat kenyataan itu ketika ditanya mengenai perkembangannya dalam bidang seni.

Mohon doanya ya, insyaAllah enggak ada film lagi. InsyaAllah, mudah-mudahan ya Allah semoga istiqamah. Terakhir tuh film Buya Hamka.

Pelakon yang merupakan bekas isteri kepada Engku Emran ini turut mengaku sudah lama tidak muncul di hadapan umum.

Dia juga difahamkan ingin bersara daripada dunia hiburan apabila tidak lagi menerima tawaran berlakon filem. Filem terakhirnya adalah Buya Hamka.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan pelakon cantik manis ini sudah mengakhiri zaman bujang dengan seorang lelaki dari Timur Tengah. Namun dakwaan itu disangkal sekerasnya oleh pengurusnya, Rita.

Kredit: liputan6

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas