Connect with us

Oh! Media

Zaskia Sungkar Tak Suka Laudya Cynthia Bella Sejak Sekolah

laudya cynthia bella

Oh! Artis

Zaskia Sungkar Tak Suka Laudya Cynthia Bella Sejak Sekolah

Zaskia Sungkar yang berasal dari Indonesia merupakan seorang pelakon, penyanyi, pereka fesyen dan isteri kepada Irwansyah. Manakala, Laudya Cynthia Bella pula merupakan seorang penyanyi dan pelakon Indonesia dan bekas isteri kepada Engku Emran.

ADVERTISEMENT

BACA: Sah Laudya Cynthia Bella & Engku Emran Bercerai

Zaskia Sungkar dan Laudya Cynthia Bella merupakan sahabat baik sudah lama lagi. Namun, tahukah anda, sebelum mereka menjadi sabahat baik, Zaskia Sungkar pernah tak suka akan Bella kerana sikap Bella yang kurang menyenangkan di sekolah.

Suka buat bising

laudya cynthia bella

Zaskia sudah mengenali Bella sejak dari sekolah lagi. Dulu, Zaskia hanya kenal Bella secara luaran sahaja kerana Zaskia tidak suka akan tingkah laku Bella yang sering kali membuatnya geram.

Masa di sekolah, setiap kali lihat Bella saja jadi tak suka sangat, dah la jarang datang sekolah, kalau datang pun, dia suka buat bising. – Zaskia Sungkar

Isteri kepada Irwansyah ini meluahkan perasaan bahawa dia tidak suka dengan tingkah laku Bella yang selalu ponteng sekolah untuk pergi shooting.

Laudya Cynthia Bella juga mengaku bahawa sikapnya di pangku sekolah dulu memang agak menggeramkan. Namun, siapa sangka, yang dulunya benci sekarang sudah menjadi teman yang sangat baik dan serasi.

Itulah takdir yang kita tak pernah tahu ya, selepas dah kenal, Ma Shaa Allah tabarakallah, orangnya baik sangat. – Zaskia Sungkar

Itulah takdir yang tidak dapat kita elakkan. Kadang, orang yang kita benci sangat itulah yang akan menjadi sangat rapat dengan kita di masa depan. Orang kata, tak kenal maka tak cinta! Jadi janganlah benci-benci sangat dengan orang okay?

Kredit: Suara.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top