Connect with us

Oh! Media

Muat Naik Gambar Cincin, Zizan Dah Nak Kahwin?

zizan razak

Oh! Artis

Muat Naik Gambar Cincin, Zizan Dah Nak Kahwin?

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak telah memuat naik satu posting di laman Instagramnya yang menunjukkan sebentuk cincin dengan kapsyen yang begitu romantik.

Zizan atau nama penuh Mohammad Razizan Abdul Razak, 37, pernah digosipkan dengan beberapa selebriti lain seperti Mira Filzah, Emma Maembong dan Juliana Evans, namun semuanya sudah pun berumah tangga.

img 5495

Zizan sering dikaitkan dengan perwatakan yang suka bergurau, mengundang tanda tanya ramai orang apabila dia memuat naik beberapa gambar cincin di IG Story sehingga menjadi persoalan adakah benar ataupun tidak.

IKLAN

Menerusi kapsyen di IG Storynya, dia berharap si penerima suka dengan kejutan yang telah dibuat oleh Zizan.

Pada masa yang sama, Zizan turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik dan semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Bukan itu sahaja, Zizan turut kongsi sebuah video pendek yang memaparkan cincin, bunga dan hadiah lain untuk si penerima dengan suara latar belakang “bermulalah saat yang baru, kisah antara kau dan aku”.

img 5499

Gambar-gambar tersebut turut diulang kongsi di Instagram Official Hlive di mana rata-rata netizen membuat andaian bahawa itu adalah pemberian untuk ibu Zizan.

Apa-apa kita berdoa yang terbaik untuk Zizan dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.

Kredit : Buzzkini dan Zizanrazak869

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas