Oh! Artis
Muat Naik Foto Keluarga, Netizen Tegur Aiman Hakim, Minta Jaga Aurat Isteri
Sudah menjadi lumrah anak seni apabila setiap perbuatan menjadi perhatian peminat. Lebih-lebih lagi hari ini, peminat boleh berhubung terus dengan selebriti menerusi media sosial.
Terbaru, Aiman Hakim meraih perhatian pengikut Instagram gara-gara memuat naik foto keluarga menampakkan bahagian dada isterinya, Zahirah Macwilson.
BACA: ‘Eye-Zac Bukan Aizat’ – Zahirah Macwilson Perbetul Sebutan Nama Anak
Dalam hantaran itu, pelakon tersebut menyertakan lima keping foto bersama anak sulung lelaki mereka, Isaac Raees. Foto keluarga kecil itu walau bagaimanapun menerima teguran daripada peminat.

Rata-rata memintanya supaya memadam hantaran berikutan terdapat foto yang menunjukkan bahagian yang tidak sepatutnya.
Mereka turut menasihati Aiman agar lebih berhati-hati dalam pemilihan gambar untuk mengelakkan kontroversi.
Salah seorang warganet berkata,
Suami jagalah aurat isterimu khas untuk tontonan dirimu sahaja. Suka ke orang lain duk tengok aurat isteri awak?
Sementara itu, ada juga yang menasihati warganet supaya menjaga bahasa dalam memberi teguran. Menurutnya, nasihatlah dengan cara baik supaya tidak menjatuhkan air muka seseorang.
Kredit: Instagram Aiman Hakim
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM