Connect with us

Oh! Media

Mizz Nina Hanya Mampu Tawakal, Tidak Mahu Terbawa-Bawa Emosi Negatif

Ohmedia mizz nina

Oh! Artis

Mizz Nina Hanya Mampu Tawakal, Tidak Mahu Terbawa-Bawa Emosi Negatif

Perpisahan antara penyanyi Noh Salleh dan Mizz Nina yang telah terbina selama 11 tahun ternyata mengejutkan peminat mereka. Apapun, kehidupun harus diteruskan betul tak?

BACA: “11 Tahun Yang Indah” – Noh Salleh Mengaku Dah Berpisah Dengan Mizz Nina

Image 18

Terkini, Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman memuat naik beberapa keping gambar memaparkan dirinya bersama anak angkat, Musa di pameran dan pesta lampu di Japan’s TeamLab Light Exhibition, Kuala Lumpur.

IKLAN

Menerusi hantaran tersebut, Nina turut berkongsi sedikit kemas kini mengenai keadaannya yang disifatkan masih baik dan bersyukur kerana dapat keluar bersiar-siar sambil menghirup udara segar dibawah sinar matahari bersama Musa dan rakan-rakannya.

Dalam pada itu, Mizz Nina berkata hidup harus diteruskan, malah berkongsi pesanan daripada salah seorang gurunya yang menasihati agar sentiasa bertawakal dan yakin dengan takdir Allah SWT walau apa pun yang terjadi di dalam kehidupan.

Allah tahu apa yang terbaik serta akan memberikan yang terbaik buat kamu. Kita hanya perlu meneruskan kehidupan dengan sebaiknya.

Menurut Nina, dia enggan ditenggelami dengan rasa sedih yang akhirnya akan membuatkan dirinya kurang aktif dan produktif untuk menempuh hari yang mendatang.

Saya sangat takut jika tidak menggunakan masa yang diberkan Allah kepada saya kerana terlalu terbawa-bawa dengan emosi negatif.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas