Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Arah Caprice, Mondy Padam Video Podcast Ebit Lew Dalam Tempoh 24 Jam

caprice mondy

Trending

Mahkamah Arah Caprice, Mondy Padam Video Podcast Ebit Lew Dalam Tempoh 24 Jam

Terkini! Mahkamah Sesyen Shah Alam membenarkan perintah injunksi interim (sementara) yang dituntut Ebit lew menghalang Caprice dan Mondy daripada mengeluarkan kenyataan mencemarkan reputasi penceramah itu serta keluarga dan rakan-rakan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ebit Lew Bayar Peguam Terkenal Untuk Fail Saman Terhadap Caprice Dan Mondy Tattoo 

Lapor Kosmo!, Caprice dan Mondy diarahkan untuk memadam satu rakaman antaranya di YouTube dan video di Instagram dalam tempoh 24 jam selepas perintah injunksi sementara dikeluarkan.

Terdahulu, Ebit telah menuntut suatu perintah injunksi mengarahkan defendan pertama dan defendan kedua atau wakil defendan untuk memadam video dan posting serta pernyataan fitnah bertulis.

caprice mondy

Selain itu, penceramah ini memohon defendan membuat permohonan maaf yang akan disiarkan di semua laman sosial dalam tempoh 48 jam selepas kedua-dua individu itu diserahkan dengan perintah termeterai.

Ebit Lew selaku plantif juga menuntut ganti rugi am, teladan, pampasan, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 17 September lalu, Ebit telah tampil membuat laporan polis sebaik tiba daripada Jeddah mendakwa dirinya telah difitnah. Selepas itu, Ebit menerusi Tetuan Akberdin & Co telah memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy.

Plantif mendakwa video yang dikeluarkan tanpa pengesahan fakta daripadanya atau peguamnya telah menyebabkan dia menerima komen negatif, dimaki, diejek dan diaibkan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas