Connect with us
hannah delisha dan imam shah

Oh! Artis

Minta Diberi Privasi, Hannah Delisha Tampil Mohon Maaf

Pasti ramai yang berasa bingung dengan pelbagai kisah keluarga dan pernikahan Hannah Delisha yang dipaparkan di dada-dada akhbar sejak beberapa hari ini.

Semuanya bermula apabila ibu pelakon itu, Noor Ashikin dikatakan tidak merestui perkahwinan tersebut selain terdapat dakwaan mengatakan yang Hannah dan Imam Shah sebenarnya sudah disatukan sejak setahun yang lalu.

IKLAN

BACA: Foto Eleena Sui Jadi Tanya Tanya, Hannah Delisha Didakwa Nikah Setahun Lalu?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Dalam pada itu, kenyataan ibu mentua Hannah, Mariana Yati yang mengatakan bahawa menantu kesayangan itu memang sudah lama mempunyai kemelut dengan ibu kandungnya membuatkan semakin banyak persoalan yang timbul.

BACA: “Setiap Malam Hannah Menangis Dan Berdoa Hubungan Dengan Ibunya Kembali Baik” – Ibu Mentua

Meskipun lebih selesa berdiam diri, Hannah kini telah membuka mulut bagi menjelaskan posisi di pihaknya mengenai cerita yang berterbangan kini mengenai masalah keluarganya.

hannah delisha

Assalamualaikum, saya mohon maaf dengan perhatian yang tidak dijangka terhadap saya kini. Ya, seperti anda semua, saya juga mempunyai masalah peribadi sendiri. Saya minta maaf kerana ia sudah diketahui umum sekarang.

Masa awal menjejakkan kaki dalam industri ini, tujuan utama saya adalah untuk menghiburkan anda, sebagai penonton, menerusi kerja saya dan bukannya disebabkan oleh kehidupan peribadi. Saya cuba menjauhi segala gosip seupaya boleh dan membawa bendera negara saya dengan bermaruah. Dan saya berharap agar dapat terus melalui laluan itu. In Shaa Allah.

Sekali lagi, saya mohon maaf atas cerita kurang enak mengenai saya dan keluarga. Anda semua layak menerima yang lebih baik daripada saya. Apa yang saya harap ialah doa daripada kalian dan privasi ketika melalui dugaan ini.

Meskipun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu yang dilaluinya kini, Hannah berharap agar semua memberikan ruang untuk dia menghadapinya secara senyap.

Semoga Hannah dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan perihal hiburan dan isu trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas