Connect with us

Oh! Media

“Banyak Tempat Saya Pergi Sunyi” – Wanita Kongsi Pengalaman Ke Langkawi

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 09 22t201146618

Trending

“Banyak Tempat Saya Pergi Sunyi” – Wanita Kongsi Pengalaman Ke Langkawi

Bermula 16 September lalu, kerajaan telah membenarkan individu lengkap dua dos vaksin ke Pulau Langkawi sempena projek rintis Gelembung Pelancongan. Pengunjung yang berhasrat ke Langkawi diwajibkan untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum dibenarkan berangkat.

BACA: Tiada Jangkitan Babitkan Pelancong Di Langkawi Selepas 5 Hari Dibuka

Walaupun sudah dibenarkan melancong, terdapat segelintir netizen yang masih ragu-ragu untuk keluar rumah. Mereka bimbang jika tercetusnya kluster baharu hasil daripada aktiviti pelancongan itu.

IKLAN

Sebagai salah seorang pengunjung terawal ke Langkawi, wanita ini mendedahkan keadaan sebenar di situ. Wanita yang dikenali sebagai Zietie Shadean ini menafikan dakwaan Langkawi sesak dengan kehadiran pengunjung.

242592826 4891162650897333 2022938329153824212 n

Katanya lagi, sepanjang berada di sana, banyak tempat yang dikunjunginya kosong. Ini termasuklah di lapangan terbang, kedai makan, jeti, pantai dan tempat membeli belah.

Ujarnya, cerita negatif yang ditularkan di media sosial telah memberi kesan kepada peniaga. Apabila cerita tular, ramai pengunjung takut untuk ke Langkawi.

242588733 4891163647563900 5790732758932187746 n

Dia berpendapat, apabila negara sudah berada dalam fasa endemik, orang ramai hendaklah membiasakan diri dengan keadaan dan norma baharu ini. Apa yang penting, pengunjung sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan kerajaan seperti menjaga jarak, memakai pelitup muka dan mencuci tangan.

Perkongsian penuh pengalaman di Langkawi

Kredit: Zietie Shadean

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas