Connect with us

Oh! Media

Michael Ang Pernah Anggap Isu Pandemik Hanya Propa, Sehinggalah…

Oh! Artis

Michael Ang Pernah Anggap Isu Pandemik Hanya Propa, Sehinggalah…

Masih lagi hangat tentang isu Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 hingga menyebabkan ramai rakan artis yang mempunyai kontak rapat dengannya untuk pergi buat ujian saringan.

ADVERTISEMENT

BACA : Alif Satar Tak Henti Mohon Maaf, Ini Antara Rakan Artis Yang Turut Melakukan Ujian Saringan

Tak ketinggalan jugak pengarah terkenal tanah air, Michael Ang yang ada berjumpa dengan Alif di sebuah kafe pada 11 November lalu. Walaupun keputusan swab test membuktikan dirinya negatif, Michael Ang sempat menitipkan pesan buat para netizen berkaitan Covid-19.

Mengakui dirinya dulu bersikap skeptikal dengan wabak ini, Michael menyatakan yang dia pernah fikir yang Covid-19 hanya sekadar propa dan tak betul. Sebabnya, sebelum ni belum ada lagi kenalannya yang dijangkiti Covid-19. Jadi, dia ada rasa ragu-ragu dan rasa dirinya kebal dari terkena jangkitan.

“Saya nak beritahu pada semua yang tengok video ini, this covid is real! Sebelum ini pun I sendiri ada perasaan yang kononnya I kebal. Tak akan kena Covid. Haritu pun I ada berbual dengan kawan I tentang benda ni. Sebab kita tak ada orang yang dekat dengan kita yang ada Covid, so we don’t know sejauh mana kebenarannya. Entah-entah ini semua propa.” – katanya.

Tapi sekarang, dah terbukti depan mata yang covid is real. Barulah Michael sedar yang ini bukan perkara main-main dan masyarakat perlu sentiasa peka setiap masa. Michael juga mengingatkan followersnya untuk sentiasa patuh pada SOP, pakai mask, jaga penjarakan sosial, guna hand sanitizer dan jaga diri sebaik mungkin.

This thing is real and dia takkan kenal orang, sesiapa pun boleh kena. Just be careful and be safe untuk diri sendiri dan juga orang tersayang.” – tambahnya.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH MICHAEL ANG

Michael juga sempat mendoakan kesihatan Alif Satar serta mengajak semua followersnya untuk turut mendoakan penyanyi dan pengacara tersebut supaya kembali sihat macam biasa.

Kredit: beautifulnara, Instagram Michael Ang

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas