Connect with us

Oh! Media

“Mereka Muat Naik Gambar Tak Senonoh” – Ning Baizura Akur Tewas Dengan ‘Hacker’

Oh! Artis

“Mereka Muat Naik Gambar Tak Senonoh” – Ning Baizura Akur Tewas Dengan ‘Hacker’

Sejak akhir-akhir ini, kejadian membabitkan penggodaman media sosial dilihat semakin berleluasa sehingga terdapat banyak maklumat sulit didedahkan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hati Saya Hancur” – YouTube Nabila Razali Digodam, Video Bersama MK ‘Ghaib’

Golongan hacker ini berkebolehan dalam mencipta dan mengubah suai perisian komputer serta berkaitan dengan keselamatan dengan menggunakan ciri tertentu.

Kadang-kadang, mereka selalu menyerang media sosial individu yang berpengaruh dan ramai pengikut untuk mengugut dan mendapatkan wang dari aktiviti tersebut.

Ning Baizura jadi mangsa penggodam

Perkara sama turut berlaku kepada penyanyi dan pelakon, Ning Baizura, selepas hampir seminggu berdepan dengan situasi akaun Facebooknya digodam dan berusaha untuk mendapatkan ia kembali.

Namun perkara itu dilihat gagal dan penyanyi berusia 46 tahun itu terpaksa mengalah dan memenangkan si penggodam itu.

Ning juga mengakui terpaksa menutup akaun Facebooknya bernama Ning Dalton termasuklah akaun kelab peminat yang menggunakan nama Ning.Baizura di platform sama.

Menurut Ning, melepaskan medium yang sering digunakan untuk berkongsi perkembangan dan berbual bersama peminat adalah satu keputusan yang sukar.

Hari ini merupakan hari yang sedih. Saya terpaksa menutup akaun peribadi saya di Facebook begitu juga dengan akaun kelab peminat saya di ruangan yang sama. Ia adalah satu keputusan yang sukar untuk dilakukan.

Akaun tersebut telah digodam secara ‘on’ dan ‘off’ sejak seminggu lalu. Mereka memuat naik bahan tidak senonoh di situ termasuk di bahagian stories lagi hari ini. Tolong jangan ikuti lagi dan laporkan akaun Ning. Baizura.

Selain itu, dia juga turut menyatakan bahawa dirinya sekarang hanya menggunakan akaun Instagram untuk berkongsi sebarang perkembangan.

IG Story Ning Baizura

Percaya ada hikmah disebaliknya

Selain itu, Ning turut yakin perkara yang berlaku adalah jalan terbaik selain berpandangan perlu membuang segala tenaga toksik dan teruskan kehidupan.

Saya percaya ada hikmah di sebalik pelbagai dugaan. InsyaAllah Allah SWT sayangkan saya dan Dia akan memandu saya ke arah haluan yang lebih baik. Terima kasih semua atas segala sokongan dan kasih sayang anda.

Ning menerusi kapsyen mengakui terpaksa akur dengan kejadian itu selain meminta bantuan kepada pengikutnya untuk melaporkannya kepada pihak Facebook.

Tolong laporkan kepada Facebook bagi pihak saya sekiranya anda boleh. Saya akan buka akaun baru tidak lama lagi. Terima kasih semua.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya berasa simpati akan nasib yang menimpa penyanyi selain dilihat rakan artis turut memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Kredit: Instagram Ning Baizura I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas