Connect with us

Oh! Media

“Hati Saya Hancur” – YouTube Nabila Razali Digodam, Video Bersama MK ‘Ghaib’

Oh! Artis

“Hati Saya Hancur” – YouTube Nabila Razali Digodam, Video Bersama MK ‘Ghaib’

YouTube adalah laman web perkongsian video yang mana pengguna boleh berkongsi video dengan sesiapa sahaja melalui saluran itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Gaji Pekerja Saya Terjejas!” – Kedai Ayam Goreng Nabila Razali Kena ‘Pecah Masuk’

Ia juga menjadi salah satu pilihan masyarakat terutama sekali para Youtuber sebagai salah satu platform untuk mereka meraih pendapatan.

Namun, akhir-akhir ini, aktiviti pengodaman semakin menjadi-jadi sehingga terdapat saluran YouTube yang telah mengumpul ramai pengikut telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Youtube Nabila Razali digodam

Nasib yang sama turut menimpa penyanyi tanah air, Nabila Razali selepas saluran YouTube rasminya telah digodam serta dipadam di platform penstriman video berkenaan.

Perkara itu dikongsikan olehnya di Insta story memaparkan tangkap layar email yang diterimanya berkenaan laman Youtube rasminya yang telah dipadam.

Ya Allah, saluran YouTube Nabila Razali Entertainment kena godam.

Lebih menyedihkan, Nabila juga turut mengakui sedih melihat muzik video Peluang Kedua hasil gandingannya bersama penyanyi rap, MK yang telah mencecah 30 Juta views sudah hilang begitu sahaja.

Menerusi hantarannya yang lain, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali menyatakan pihaknya sedang berbincang dengan pihak YouTube bagi menyelesaikan isu tersebut.

Selain itu, penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut meminta para pengikutnya untuk mendoakan proses tersebut berjalan lancar supaya saluran YouTube miliknya dapat dikembalikan semula.

Usaha keras dilihat sia-sia

Menurut pengurus Nabila, Mohd Asrul Abdul Talib, saluran terbabit baharu dilancarkan setahun lebih dan sudah memiliki lebih 390,000 pelanggan.

Tambahnya lagi, mereka sangat kecewa dengan perkara itu kerana semua video penting telah dimuat naik dan usaha keras selama ini untuk mengukuhkan saluran itu dianggap sia-sia.

Kami mendapat tahu mengenai hal itu pagi ini menerusi sebuah ciapan di Twitter. Seorang pengguna bertanya sama ada saluran itu bermasalah.

Apabila memeriksanya, saluran itu rupanya sudah dipadam dari YouTube. Menerusi emel kami terima, saluran itu didakwa melanggar polisi kerana menyiarkan kandungan tertentu.

Sayanglah jika hilang begitu saja kerana muzik video Peluang Kedua yang sudah ditonton 33 juta pun dalam saluran itu. Lagipun, ia baharu saja setahun diwujudkan.

Walaubagaimanapun, pihaknya kini dalam proses berunding permasalahan itu dengan pihak YouTube dan berharap agar saluran itu dapat dikembalikan semula.

Kredit: Instagram Nabila Razali I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas