Connect with us

Oh! Media

“Merangkak Nanti Di Sana Minta Maaf Kat Aku” – Fiza Halim ‘Up’ Foto Anak, Selar Netizen Sebar Fitnah

fiza halim nafi bercinta engku emran

Oh! Artis

“Merangkak Nanti Di Sana Minta Maaf Kat Aku” – Fiza Halim ‘Up’ Foto Anak, Selar Netizen Sebar Fitnah

Tiada angin tiada ribut, timbul dakwaan menyatakan pelakon Fiza Halim bercinta dengan suami kepada Noor Nabila, Engku Emran.

ADVERTISEMENT

Dakwaan itu timbul selepas tersebar foto memaparkan Engku Emran dengan dua orang remaja perempuan dikatakan anak kepada Fiza Halim.

fiza halim nafi bercinta dengan fiza halim

Namun, spekulasi itu dinafikan sekerasnya oleh bekas anggota kumpulan Elite tersebut. Menerusi satu hantaran di Instagram, Fiza memuat naik gambar dua anak gadisnya.

anak-anak fiza halim

Pelakon dan penyanyi itu mempersoalkan di manakah persamaan di antara anaknya dengan foto Engku Emran.

Pada mulut netizen yang mula buat cerita ni silalah merangkak nanti di sana untuk datang mintak maaf kat aku. Jangan pandai-pandai nak sebar fitnah dan aibkan orang. Pikirlah sikit, orang ada family. Banyak hati nak kena jaga. Sibuk sangat nak jaga tepi kain orang dan fitnah orang bercinta, tanpa usul periksa!! Last-last malu sendiri. Best ke dapat kumpul semua dosa-dosa aku??? Tak pasal-pasal, semua pahala korang yang dok keji dan hina aku tu, aku dapat. Apa-apa pun terima kasih ya semua.

Dia juga memohon orang ramai menghentikan fitnah yang dilemparkan kepadanya kerana dia mempunyai keluarga dan perlu menjaga banyak hati.

Fiza dengan tegas menyelar perbuatan netizen yang menimbulkan cerita tak benar tersebut.

Kredit: Instagram Fiza Halim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas