Connect with us

Oh! Media

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Akan Jumpa DJ Tyzo

dj tyzo

Oh! Artis

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Akan Jumpa DJ Tyzo

Siapa sangka kisah penamatan kontrak penyampai radio Suria FM, DJ Tyzo turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

ADVERTISEMENT

BACA: DJ Lin Akhirnya Bersuara dan Mohon Maaf Isu Penamatan DJ Tyzo Suria FM

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Tyzo yang tidak menyangka seorang menteri mengikuti perkembangan situasinya. Fahmi Fadzil kemudian dikatakan telah mengaturkan sesi pertemuan yang akan membincangkan hala tuju kerjaya Tyzo selepas ini.

Tyzo harap jalan yang lebih indah terbuka buatnya…

Beliau perkenalkan saya dengan pegawainya untuk aturkan perjumpaan untuk kami berbincang lanjut. Mungkin pertemuan itu juga membuka jalan indah buat saya.

Tiada apa yang ingin saya suarakan nanti melainkan peluang dan ruang yang lebih baik di masa akan datang.

Ada pihak fitnah Tyzo hanya buat gimik sebelum pindah stesen radio lain…

Tyzo dalam pada itu turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isu yang timbul ini sengaja dilakukannya sebagai gimik beralih ke stesen radio lain dengan tawaran lebih lumayan.

Jujur saya katakan sekarang ini memang tiada tawaran lain. Terpulang kepada mereka yang mungkin bercakap negatif tentang saya. Mereka ada hak bersuara. Dalam hidup ini ada yang suka dan ada yang tidak.

Apa-apapun semoga Tyzo tabah dan terus maju kedepan. Peminat dah mula rindukan suara Tyzo tu…

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas