Connect with us

Oh! Media

DJ Lin Akhirnya Bersuara dan Mohon Maaf Isu Penamatan DJ Tyzo Suria FM

dj lin

Oh! Artis

DJ Lin Akhirnya Bersuara dan Mohon Maaf Isu Penamatan DJ Tyzo Suria FM

Kontrak penyampai radio suria FM, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain telahpun ditamatkan semalam. Banyak persoalan timbul selepas Tyzo dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan turut mengucapkan terima kasih kepada DJ Lin kerana telah menganiaya dirinya.

ADVERTISEMENT

BACA: DJ Lin Suria Cinta Kena Serang Dengan Netizen, Ramai ‘Berkampung’ Tuntut Penjelasan Pemecatan DJ Tyzo

Disebabkan itu, pengurus besar Suria FM, Rolinda Abd. Majid atau DJ Lin kini dicari untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku antara mereka berdua.

DJ Lin jelaskan dia terpaksa tutup mulut dan tunggu…

Memetik laporan Kosmo, DJ Lin yang dihubungi bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berkenaan video yang tersebar.

Bukan hanya itu, DJ Lin juga memberikan alasan dia perlu menutup mulut atas arahan pihak pengurusan tertinggi.

Minta maaf, saya tidak dibenarkan untuk beri apa-apa kenyataan. Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan.

InsyaAllah, Jumaat depan. Kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media.

Nampaknya kita perlu menunggu 6 hari lagi untuk segala penjelasan dan sepanjang tempoh itu pasti keadaan juga akan kekal panas.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas