Connect with us

Oh! Media

Menteri Agama Beri Penjelasan Kes Tangkap Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies

aliff aziz

Oh! Artis

Menteri Agama Beri Penjelasan Kes Tangkap Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies

Kes tangkap khalwat bukanlah perkara main-main ya. Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan juga menegaskan mereka tidak akan mengambil mudah walaupun penangkapan sebelum ini melibatkan selebriti iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies.

ADVERTISEMENT

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pihak JAWI sengaja melengah-lengahkan kes tersebut seperti yang didakwa segelintir pihak.

Prosedur siasatan kes tangkap khalwat sama sahaja dengan orang biasa…

Kata Dr Na’im, siasatan dan proses melengkapkan kertas siasatan sedang giat dilakukan dan prosedur yang digunakan sama sahaja seperti kebanyakan kes lain.

Proses siasatan dilaksanakan sebagaimana kelaziman berpandukan Prosedur Operari Standard (SOP) yang ditetapkan di Bahagian Penguatkuasaan Jawi. 

Setakat ini, JAWI dalam proses melengkapkan kertas siasan dan akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut.

Tambah Mohd Na’im, perbuatan maksiat tetap dikira maksiat dan tidak boleh dianggap sebaliknya.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas