Connect with us

Oh! Media

“Mengapa Saya? Saya Masih Muda…” – Pelakon Muda Marc Syahmie Hidap Kanser Testis

Ohmedia marc syahmie kanser testis

Oh! Artis

“Mengapa Saya? Saya Masih Muda…” – Pelakon Muda Marc Syahmie Hidap Kanser Testis

Pelakon muda, Marc Syahmie, 25, tak pernah menyangka sakit tulang belakang dan bengkak testis yang dialaminya adalah petanda kanser testis tahap dua.

Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Syahmie Mahuyidin, dia terkejut apabila disahkan doktor pada 20 Oktober lalu, lebih-lebih lagi keluarganya tiada sejarah penyakit kanser.

Mengapa saya, sedangkan saya masih muda. Terduduk juga bila doktor sahkan saya ada kanser. Tapi sakit ini adalah penghapus dosa, jadi saya reda dengan ujian paling berat dalam hidup saya.- Kongsi Syahmie.

Marc Syahmie jalani pembedahan & rawatan kimoterapi

Image

Walaupun berita itu mengejutkan, Syahmie bersyukur kansernya dikesan awal dan belum merebak. Dalam tempoh sebulan, dia menjalani pembedahan membuang sel kanser di testis kiri serta menjalani satu rawatan kimoterapi berdos tinggi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).

IKLAN

Walaupun hanya sekali kimoterapi, kesannya cukup terasa. Rambut gugur, badan lemah, tetapi dengan penjagaan makanan yang ketat, saya kembali sihat dalam masa seminggu dan dah mula bekerja.- Katanya.

Buang rasa malu demi kesedaran ramai

Syahmie yang juga pemenang tempat kedua program Fit For Action TV3 pada 2022, kini berasa bertanggungjawab berkongsi perjalanan melawan kanser ini.

Saya buang rasa malu kerana lelaki perlu tahu tentang kanser testis. Jika ada rasa tak normal pada badan, segera periksa di hospital. Jangan berada dalam fasa penafian seperti saya selama setahun.- Kongsinya lagi.

Syahmie turut menjelaskan, kanser testis boleh menyerang lelaki berusia 25 tahun ke atas, dan pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa serta meningkatkan kualiti hidup.

Masih aktif dalam dunia seni & akademik

Image

Selain melawan kanser, Syahmie tetap aktif dalam bidang seni. Dia pernah membintangi beberapa drama seperti Cinta KeduaKeria WomenBintang GV Dikejar Zombie, dan terbaharu, Skuad X: Dari Jalanan Ke Perjuangan di slot Lestary TV3.

Dalam masa yang sama, dia juga melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam jurusan Sains Sukan.

#OhmediaNasihat

Kesihatan adalah nikmat yang tak ternilai. Lelaki, jangan abaikan tanda-tanda pelik pada tubuh badan. Sering rasa abnormal? Segera ke hospital untuk pemeriksaan. Ingat, pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa. Jangan tunggu sehingga terlambat!

Ohmedia marc syahmie kanser testis

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas