Connect with us

Oh! Media

Mengaku Sedang Mengenali Hati Budi, Zoey Rahman Dan Zarina Anjoulie Bercinta?

Oh! Artis

Mengaku Sedang Mengenali Hati Budi, Zoey Rahman Dan Zarina Anjoulie Bercinta?

Desas desus hubungan percintaan selebriti, Zarina Anjoulie dan Zoey Rahman mula menjadi bualan pengikut apabila mereka dilihat kerap berhubung. Zarina atau lebih mesra disapa Anju juga sering bersiaran langsung bersama pelakon tersebut di laman Instagram.

ADVERTISEMENT

Menafikan perhubungan hanya sekadar gimik, Zoey menerusi laporan Harian Metro mengaku mereka sedang berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Menurut Zoey lagi, produk rangkaiannya Mikaseries mempunyai banyak klien profesional oleh itu tidak mungkin dia membuat teknik pemasaran yang bukan-bukan.

Jelasnya, mereka sebenarnya sudah saling mengenali ketika terbabit dalam filem Lagenda Budak Setan pada tahun 2010. Pada waktu itu, mereka cuma kawan biasa.

Ketika itu kami cuma kawan biasa dan tak rapat pun. Kemudian, masing-masing terputus hubungan. Kami berjumpa semula awal tahun ini di sebuah klinik rawatan kecantikan. Itu pun secara kebetulan. Sejak itu, kami mula berhubung semula sampai sekarang.

Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi.

Zoey memohon peminat mendoakan mereka walaupun ada sesetengah yang berpendapat mereka tidak sesuai bersama.

Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali. Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini.

Sebenarnya dia ‘gila-gila’. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya. Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya.

Zoey secara jujur berkata tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Dia berterima kasih kepada peminat yang suka, dan jika sebaliknya itu adalah pilihan masing-masing.

Sebagai manusia, Zoey tidak menilai seseorang berdasarkan apa yang dilihatnya. Dia tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup seseorang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas