Connect with us

Oh! Media

Mengaku Bersalah Ambil Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000

Oh! Artis

Mengaku Bersalah Ambil Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000

Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap selebriti sensasi, Zarina Anjoulie selepas dia membuat pengakuan bersalah memasukkan dadah ke dalam badan Jun tahun lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Peguam Bela Kes Dadah Zarina Anjoulie Mohon Perbicaraan Februari Depan

Selain denda, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun. Jika gagal membayar denda, dia berdepan hukuman penjara selama 4 bulan.

Peguam yang mewakili Zarina atau lebih mesra disapa Anju iaitu Ahmad Faiz Munawar berkata, pendengaran kes sepatutnya dijalankan hari ini tetapi pihaknya memohon diadakan terlebih awal iaitu pada Selasa.

Terdahulu, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine. Keputusan air kencingnya juga didapati positif.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas