Connect with us

Oh! Media

“Memang Nabi Cakap Betul, Manusia Takkan Puas” – Syamsul Yusof Kongsi Kisah Sebenar Hidup Mewah

Oh! Artis

“Memang Nabi Cakap Betul, Manusia Takkan Puas” – Syamsul Yusof Kongsi Kisah Sebenar Hidup Mewah

Hangat di media sosial sejak kebelakangan ini mengenai kontroversi yang melanda pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hidup Mu Hampir Hancur! Pulanglah Ke Pangkal Jalan, Sudah Jauh Tersesat” – Ibu Syamsul Yusof

Baru-baru ini pula tular kembali satu rakaman temu bual bersama Syamsul mengenai pendapatnya, adakah seronok bergelar seorang jutawan.

Tak seindah yang disangka

Menurut pengarah filem itu, kekayaan dan kemewahan yang dimiliki adalah tidak seindah yang disangka.

Lama-lama rasa bosan, sebab itulah selalu terjadi, kalau dah dapat apa yang nak, dia nak lain pula, nak helikopter, nak kapal pula, memang Nabi cakap betul lah, manusia memang tidak akan puas.

Dirinya juga menjelaskan di akhir waktu, ketenangan jiwa dan hati merupakan faktor penting yang perlu dicari.

Saya rasalah, pengakhirannya, perkara paling penting  ketenangan jiwa engkau. Ketenangan jiwa juga yang menentukan jika tiada duit, tidak mengapalah yang penting tenang jiwa, tenang hati kan?

Hm, apa pula pendapat korang?

Kredit: Murai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas