
Oh! Artis
Mawi Tampil Nafi Dakwaan Cerai Dan Mahu Saman RM150 Juta
Mawi nafi dakwaan cerai dengan isterinya dan mahu saman RM150 juta laman Facebook yang sebar fitnah.
Penyanyi dan pengarah terkenal, Mawi berang apabila difitnah berpisah dengan isterinya, Nora Asikin Rahmat.
Tuduhan itu tersebar di media sosial hingga menimbulkan kekeliruan ramai. Tidak berdiam diri, Mawi menafikan khabar angin itu dan akan mengambil tindakan saman RM150 juta.
“Apa benda ni?”
Apa benda ini? FB Cahya Icha, apa pasal bikin ini cerita? Yang komen pun…. Adoiii.. Saman RM150 juta onz!
Perkara itu turut mendapat perhatian rakan artis lain yang tampil memberikan pandangan. Pengacara televisyen dan penceramah bebas, Amin Idris menyifatkan tindakan itu hanya untuk mencari perhatian.
“Yang komen pun satu masalah”

Terdahulu, laman Facebook dengan tanda nama Cahya Icha mengeluarkan kenyataan palsu kononnya Mawi sudah menjatuhkan talak terhadap isterinya yang juga pelakon terkenal.
Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang terpedaya dengan fitnah berkenaan. Ramai yang meninggalkan komen bukan-bukan terhadap Mawi sehingga ada yang gelarnya terkena kejutan budaya.
Pssttt! Dalam dunia digital hari ini, fitnah boleh tersebar pantas dan memberi kesan besar kepada individu. Mawi berhak mempertahankan maruah dirinya, malah wajar agar masyarakat lebih berhati-hati sebelum percaya dengan sebarang cerita di media sosial.
Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
