Connect with us

Oh! Media

Mawi Dedah Pernah Rasa Seolah ‘Mati’ 15 Minit Akibat Terkena Sihir

Untitled Design   1

Oh! Artis

Mawi Dedah Pernah Rasa Seolah ‘Mati’ 15 Minit Akibat Terkena Sihir

Penyanyi, pengarah dan juga penyampai radio, Mawi dedah yang dia ‘seolah-olah mati’ selama 15 minit. Biar betul?

Menurut laporan Harian Metro, Mawi dakwa kejadian itu berlaku pada 7 tahun lepas yang dipercayai akibat terkena sihir sehingga hampir meragut nyawanya. Allahu..

Ketika itu saya tidak sedarkan diri seolah-olah mati selama 15 minit. Saya sedar semula apabila bahagian kepala terasa sejuk dan mendapati isteri saya, Ekin sedang membasahkan kepala saya.

Ketika itu dia meraung dan menangis sambil mengelap darah yang berlumuran di seluruh badan saya. Kejadian ini turut disaksikan oleh kembar Ekin iaitu Ain dan bapa saudara saya yang berada di hospital ketika itu.

Saya memang tak ingat apa yang berlaku.

Isteri juga dikatakan mengelap dan mencuci darah yang keluar daripada mulutnya apabila darah itu membuak keluar seperti ‘lava’ gunung berapi. Seram betul!

IKLAN

Disebabkan kejadian itu, saya hampir membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia hiburan. Rasa fobia juga selepas apa yang terjadi. Ekin pun minta saya berhenti menyanyi dan keluar dari industri hiburan.

Saya berfikir juga tapi saya suka menyanyi, berlakon, buat filem dan sebagainya. Allah sudah letak saya di sini, jadi saya buat yang terbaik saja dan tawakal.

Selepas kejadian itu saya suka menulis skrip dan mengarah. Saya lebih jadi seorang pemikir. Ketika itu juga datang tawaran mengarah. Sejak itu saya lebih ghairah dalam dunia pengarahan.

Semoga perkara sebegini dijauhkan dari kita semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas