Connect with us

Oh! Media

Mawi Menghilang Rupanya Alami Gangguan Dan Penyakit Misteri Sampai Mulut Keluar Banyak Darah

mawi

Oh! Artis

Mawi Menghilang Rupanya Alami Gangguan Dan Penyakit Misteri Sampai Mulut Keluar Banyak Darah

Pernah ‘hilang’ seketika daripada dunia hiburan sekitar tahun 2015, penyanyi dan pengarah Mawi mendedahkan yang dia ketika itu mengalami penyakit misteri.

ADVERTISEMENT

Berkongsi tentang pengalaman tersebut, Mawi mengatakan yang darah keluar daripada mulut secara tiba-tiba membuatkan dia tidak boleh tidur seperti biasa malah pemeriksaan kesihatan yang dilakukan juga tidak menunjukkan dia mengalami sebarang penyakit.

Masa nak gosok gigi, nak buang buih dalam mulut kemudian keluar warna merah. Saya ingatkan gusi berdarah tapi bila kumur saja keluar darah.

Mawi turut memberitahu yang apabila dia baring pula tiba-tiba tekak rasa seperti ada benda mengalir, dia pergi ke tandas untuk buang air dan waktu itu darah makin lama makin banyak serta memaksa dia untuk tidur duduk kerana tidak boleh tidur baring.

Bukan itu saja, juara Akademi Fantasia musim ketiga itu mengatakan yang dia juga mengalami kejadian misteri lain iaitu hilang ingatan untuk beberapa minit.

Tambah Mawi, benda tersebut keluar lagi pada hari yang sama selepas Asar dan dirinya seolah-olah mati sekejap serta merasakan seperti ada benda masuk dalam kepalanya semula.

Apabila matanya terbuka, Mawi melihat ada seorang perempuan menangis sambil memegang tanganya yang membuatkan dia terfikir tentang siapakah gerangan perempuan tersebut.

Ujar Mawi, perempuan tersebut rupa-rupanya adalah isterinya dan dia ketika itu seperti hilang ingatan sebentar serta tidak mengenali sesiapa pun disekelilingnya termasuklah isteri dan anaknya.

Dalaman diganggu dan nampak bukan-bukan. Bila benda itu keluar, dah macam lava lendir keluar. Penuh satu badan dan berbau busuk pulak tu.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani turut mengakui yang kejadian misteri tersebut turut menjejaskan kesihatan dalamannya apabila dia mula menerima banyak ‘gangguan’.

Sekadar info, perkongsian Mawi tersebut dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada malam Khamis.

Kredit: Instagram wartawanhiburan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas