Connect with us

Oh! Media

Masya Masyitah Peluk Lelaki Atas Skuter Undang Perhatian Netizen

untitled design   2

Oh! Artis

Masya Masyitah Peluk Lelaki Atas Skuter Undang Perhatian Netizen

Nama penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menjadi bahan bualan netizen hari ini apabila dia dilihat memeluk erat seorang pemuda sambil menunggang skuter elektrik.

Sebelum ini penyanyi Ceria Popstar, Masya Masyitah menjadi perhatian netizen apabila dia memuat naik beberapa keping foto tidak berhijab di media sosial.

Terbaru! Namanya sekali lagi menjadi bualan apabila dia berkongsi gambar sedang memeluk seorang pemuda lelaki ketika sedang menaiki skuter.

IKLAN

1ec0d3c8 8962 41e8 9df2 ec6c0bd1ef59

Bukan tu jer, pakaian yang dia pakai juga menjadi tumpuan apabila dia memakai baju labuh, tapi dipadankan dengan seluar pendek sehingga nampak betisnya.

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang mengkritik pakaian Masya dan mempersoalkan siapakah lelaki yang dipeluk penyanyi itu.

57b0cbec 5847 4fee ad17 6da65d46727b

Sebelum ini pernah kecoh pasal Masya yang dikatakan sudahpun berkahwin dan merahsiakan perkara itu tapi sehingga kini masih belum tahu statusnya.

Jadi, ada yang menyangka bahawa lelaki berkenaan adalah suaminya tapi ada pula peminatnya yang kata lelaki itu adalah adiknya.

Rasanya adik beradik ni. Tapi makin berani ya dia (Masya) ni. Makin dikeam makin rancak dia berkongsi. Semoga dia berubah.

Itu bukan suami dialah. Itu adik lelakinya. Kalau ya pun tidak suka, jangan sampai fitnah.

Kalau betul adiknya, tak mengapalah kan? Apapun, doakan yang terbaik buat Masya lah ya.

Kredit: Instagram Masya Masyitah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas