Connect with us

Oh! Media

Mas Kahwin Ikut Tarikh Lahir, Sweet Qismina Sah Jadi Isteri Adam Lee

20221024 114344 0000

Oh! Artis

Mas Kahwin Ikut Tarikh Lahir, Sweet Qismina Sah Jadi Isteri Adam Lee

Siapa tak kenal pelakon cantik molek, Sweet Qismina yang pernah melakonkan drama Bidadari Salju bergandingan dengan pelakon terkenal, Adam Lee.

BACA: Adegan Sweet Qismina & Adam Lee Akhirnya Buat Krew Senyum Simpul

Namun, siapa sangka pertemuan dalam drama itu menghasilkan lebih banyak momen cinta antara mereka untuk menjadi suami isteri di jinjang pelamin pada hari ini.

IKLAN

Sah jadi isteri dengan sekali lafaz

Screenshot 20221024 110037 youtube

Pada pukul 10.40 pagi ini, Adam Lee berjaya melafazkan akad nikah di The Boathouse, Ampang. Pasangan itu telah dinikahkan oleh Iman Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak dan kira-kira 100 tetamu terdiri dari ahli keluarga, rakan terdekat dan media.

Mas kahwin ikut tarikh lahir

Screenshot 20221024 110200 youtube

Mas kahwin sebanyak RM2410.97 mengikut tarikh lahir Sweet Qismina telah dihadiahkan kepadanya dan wang hantaran dirahsiakan. Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Semalam, satu majlis berinai bertemakan jawa telah diadakan dan satu majlis kesyukuran akan diadakan pada tengah hari ini. Kami dari pihak Oh! Media mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai.

Kredit: YouTube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas