Connect with us

Oh! Media

Mas Idayu Dan Suami Sah Bercerai, Akhiri Ikatan Selepas Hampir Tiga Tahun

Oh! Artis

Mas Idayu Dan Suami Sah Bercerai, Akhiri Ikatan Selepas Hampir Tiga Tahun

Desas-desus yang bertiup kencang sejak kebelakangan ini akhirnya terjawab apabila penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu dan suaminya, Muhamad Sufian Che Isa sah bercerai pada 4 Mac lalu.

Berita ini disahkan sendiri oleh Sufian kepada media, sekaligus mengesahkan perpisahan mereka yang berlaku secara baik di Mahkamah Syariah Shah Alam.

IKLAN

Berpisah sebab tiada jodoh, bukan sebab bermusuh…

Menurut Sufian, perpisahan mereka berpunca daripada tiada lagi jodoh antara mereka dan bukan disebabkan sebarang konflik besar.

Memang betullah gosip itu. Kami dah sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca perceraian, saya anggap kami sudah tiada jodoh saja.- Jelasnya.

Sufian yang juga penerbit eksekutif di TV3 berkata, dia tidak mahu bermasam muka atau mencetuskan sebarang pertelingkahan walaupun hatinya pastinya terasa dengan apa yang berlaku.

Pada usia saya yang sudah tua ini, nak bermasam muka atau bergaduh pun buat apa? Bagi saya, memang jodoh kami sampai di sini saja.- Katanya tenang.

Bekas suami masih bersahabat dan menyokong Mas Idayu…

Walaupun sudah membawa haluan masing-masing, Sufian menegaskan bahawa hubungan mereka masih baik dan profesional. Malah, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Mas Idayu dalam program TV yang akan datang.

Kami pun berpisah secara baik. Hubungan antara kami pun masih tetap baik walaupun sekarang sudah bercerai. Saya akan terus beri sokongan pada kerjaya seninya, termasuk sebagai juri program.- Tambahnya.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September 2022. Mereka pernah berkenalan sejak 2008 menerusi program Mentor 3, namun kembali rapat sekitar tahun 2021 sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

Mas Idayu sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka dan dikurniakan seorang anak perempuan. Sufian pula merupakan bekas suami kepada personaliti TV, Intan Suraya dan mereka juga memiliki seorang anak.

Pssttt! Kadang-kadang, perpisahan bukanlah pengakhiran yang buruk. Ia boleh jadi satu permulaan untuk kehidupan yang lebih tenang dan harmoni. Yang penting, hormat dan sokongan tetap diteruskan walaupun sudah bukan lagi pasangan suami isteri.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas