Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Marvel Tak Rancang Guna Muka Digital Boseman Dalam Black Panther 2

Kematian pemegang watak superhero Marvel, Black Panther iaitu Chadwick Boseman akibat kanser tempoh hari telah mengejutkan peminat di seluruh dunia.

Sejak itu juga, peminat sudah mula mencari pengganti yang sesuai untuk menggantikan Black Panther walaupun menyedari ia pasti tidak sama dengan apa yang telah dilakukan oleh Chadwick untuk menjayakan watak superhero itu.

IKLAN

Naib Presiden EksekutifMarvel Studios, Victoria Alonso dalam perkembangan terbaru berkata yang mereka tidak akan menggantikan dengan pelakon baru mahupun menggunakan teknologi untuk mencipta imej Chadwick. Adakah ini bermaksud berakhirnya Black Panther?

Raja kita, sayangnya sudah meninggal dalam kehidupan nyata, bukan hanya sekadar fiksyen dan kami sedang mencari cara bagaimana untuk kami melanjutkan ceritanya. 

Apa yang boleh kami lakukan untuk menghormati cerita tak terduga ini, amat menyakitkan dan amat menyedihkan. Dua atau tiga bulan lagi kami dalam proses produksi dan ramai anggap tempoh itu masih lama. Namun, kami harus berfikir dengan baik apa yang akan dilakukan, bagaimana, dan berfikir berkenaan apa yang akan kami lakukan untuk menghormati francais ini. – Katanya.

Nampaknya Marvel akan tetap meneruskan Black Panther, tetapi mereka masih belum jumpa cara yang tepat bagi memastikan siri Black Panther ini berjaya dan mengakui ia masih tetap tak sama dengan Chadwick.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Presiden Marvel Studio, Kevin Feige telah mengesahkan sekuel Black Panther akan kembali diarahkan oleh Ryan Coogler.

Mengikut perancangan asal, Black Panther 2 akan memfokuskan kepada karakter Raja T’Challa menyesuaikan diri untuk mentadbir kerajaannya selepas berjaya memegang takhta.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas