Connect with us

Oh! Media

Marsha Milan Akui Tahu Konflik Mengenai Nad Zainal

untitled design   1

Oh! Artis

Marsha Milan Akui Tahu Konflik Mengenai Nad Zainal

Kecoh diperkatakan sejak semalam apabila rakan selebriti mendakwa pelakon Nad Zainal sedang bermasam muka dengan mereka.

BACA: “Dua Kali Kena Covid Mungkin Lupa” – Reaksi Sinis Nabila Huda Kepada Nad Zainal

Penyanyi dan pelakon Marsha Milan juga tampil mengenai perkara ini dan akui tahu tentang konflik yang sedang tular membabitkan Nad Zainal.

IKLAN

Ketika ditemubual pihak Oh! Bulan, Marsha walau bagaimanapun enggan mengulas panjang dan memilih untuk berdiam diri buat masa ini.

Maaf. Walaupun saya tahu tentang isu ini, saya pilih untuk berdiam. Harap maklum.

Difahamkan, Marsha sebelum ini membuat pengakuan bahawa dia terbayangkan wajah sahabatnya itu ketika sedang bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 yang lepas.

Ceritanya, ketika itu dia hampir menangis tatkala berkongsi rasa sedih sewaktu melawat Nad Zainal di hospital.

Dalam pada itu, Marsha juga akui belum mempunyai masa untuk berjumpa dengan Nad atau Nanad selepas aktres tersebut sembuh dan mendirikan rumah tangga.

Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika Nad berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta dan ketika itu pelakon tersebut tidak sedarkan diri.

Saya tak jumpa dia sejak dia sedar dari hospital sehinggalah sudah berkahwin. Kami tak sempat jumpa. Saya gembira dia dah bahagia. Kami masih berhubung. Plan nak jumpa dah 5 tahun tapi tak jumpa-jumpa.

Tidak menerima nasib sama seperti Nabila Huda, Marsha dan Nad Zainal bagaimanapun masih mengikuti antara satu salam lain di Instagram.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas