Connect with us

Oh! Media

“Saya Minta Maaf” – Marissa Dania Selesaikan Isu Secara Peribadi, Luah Rasa Rindu Di Pusara Anak

Marissa Dania

Oh! Artis

“Saya Minta Maaf” – Marissa Dania Selesaikan Isu Secara Peribadi, Luah Rasa Rindu Di Pusara Anak

Sejak beberapa hari ini, nama Marissa Dania kembali hangat dibualkan selepas ibunya Abby Abadi mendedahkan isu dengan Aslam tidak pernah selesai dengan baik.

Topik menjadi lebih panas apabila madu Marissa iaitu Umisya telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan dirinya.

BACA: Rupa-Rupanya Hingga Ke Hari Ini Aslam Tak Pernah Ke Rumah Abby Abadi Minta Maaf

IKLAN

Suami mereka, Aslam juga tampil memohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi di atas apa yang berlaku.

Namun berbeza dengan Marissa apabila memilih untuk tidak mengulas secara panjang di media sosial.

Marissa pilih diam, selesaikan secara tertutup

Aseme 1744906644

Menerusi satu posting di Instagram thread, Marissa akui dia sendiri baru mengetahui tentang semua kenyataan yang dikeluarkan dan memilih untuk selesaikan hal peribadi secara tertutup.

Whatsapp Image 2025 04 18 at 93000 Am

Marissa juga mohon agar orang ramai hormat batas privasi mereka sekeluarga dan tidak mencetuskan lagi spekulasi atau salah faham.

Luah rasa rindu di pusara anak

Whatsapp Image 2025 04 18 at 93325 Am

Lebih menyentuh hati, Marissa turut berkongsi gambar pusara anaknya sambil meluahkan rasa sedih kerana tidak sempat membesarkan zuriat tersebut.

Namun katanya, kasih sayang yang diberi tetap kekal walaupun tidak berpeluang untuk menjaga anaknya itu.

Alhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya. Tapi tu bukan bermakna tiada kasih sayang dan ruang untuk berkata sesuka hati.

Perkongsian itu nyata mengundang rasa sayu dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar Marissa terus kuat dan diberi ketenangan.

Pssttt! Semoga keluarga ini dapat menyelesaikan isu di antara mereka dengan baik. Sebagai seorang lelaki, bertindaklah bijak dengan menjadi pendamai. Itu lebih baik kan?

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas