Connect with us

Oh! Media

Netizen Lancar Gerakan Undi Barkoba Menang ABPBH

barkoba bell ngasri

Oh! Artis

Netizen Lancar Gerakan Undi Barkoba Menang ABPBH

Pelakon yang popular dengan watak Barkoba dalam telefilem 16 dan 17 Puasa mencuri tumpuan ramai apabila tercalon Top 5 Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35.

BACA: Buat Jenaka ‘Luah Perasaan’ Dalam MLM, Bell Ngasri Beri Penjelasan

Bell Ngasri menerusi satu hantaran di Facebook secara berseloroh berjanji akan belanja makan tengah hari di bulan Ramadan jika memenangi kategori itu.

IKLAN
screenshot 2023 07 09 105222

Netizen pun apa lagi? Mereka menyambut baik ‘manifesto’ Barkoba dan mengundi untuk memastikan beliau menang.

Menerusi satu hantaran lain, Bell berkata dia sangat terharu dengan sokongan yang ditunjukkan netizen. Macam-macam persatuan yang promosi dirinya termasuklah persatuan ibu-ibu mengandung.

Difahamkan, selama 3 dekad bergelar anak seni, inilah kali pertama pelakon ini tercalon dalam kategori artis komedi.

Katanya, tercalon sebagai top 5 sudah cukup bermakna buat dirinya dan tak sangka mendapat sokongan ramai. Jelasnya lagi, dia hanya bekerja untuk mencari rezeki sebagai anak seni bukanlah mengejar populariti.

Dia merasakan calon lain iaitu Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran lebih layak untuk menang kategori yang dipertandingkan.

Kredit: Harian Metro | Facebook Bell Ngasri

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas