Oh! Artis
“Mana Pi Semua Ustaz Dan Ustazah?” – Ifa Raziah Kecam Tiada Tindakan Pendakwah Isu Amang Seksual
Kecoh di media sosial sekarang tentang isu amang seksual oleh seorang pendakwah bebas dan telah mendapat banyak kritikan daripada pihak netizen termasuk juga selebriti.
BACA: Baby Shima Tak Puas Hati PU Dan Ustazah Diam Diri Bila Pendakwah Terlibat Amang Seksual
Selebriti terkenal, Ifa Raziah telah memuat naik status di akaun Instagram miliknya dengan kecaman terhadap golongan pendakwah yang berdiam diri terhadap isu yang telah tular ini.
“Kalau kes aku cepat jer”

Ifa juga mengecam tindakan golongan pendakwah ini yang nampak lebih cepat untuk membuat content yang melibatkan isu dirinya.
Mana pi semua ustaz & ustazah yang hebat-hebat ni semua takda pun buat content pasai geng depa! Kalau kes aku cepat jer korang buat syarahan agama cakap aku ahli neraka!! – Ifa Raziah
Sebelum ini, Baby Shima juga ada menyuarakan pendapat yang sama tentang golongan pendakwah yang berdiam diri ini. Hmm, apa pendapat netizen tentang hal ni?
Kredit: Murai
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM