Connect with us

Oh! Media

“Mamu Cuba Pertahankan Guard” – Genap Seminggu Keluar Reman, Sharnaaz Ahmad Jelaskan Apa Yang Jadi

Oh! Artis

“Mamu Cuba Pertahankan Guard” – Genap Seminggu Keluar Reman, Sharnaaz Ahmad Jelaskan Apa Yang Jadi

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad terpalit kontroversi apabila ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah kondominium.

ADVERTISEMENT

Dalam laporan media sebelum ini, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini didakwa menumbuk, menendang dan memijak perut seorang lelaki dalam satu pergaduhan.

BACA: “Saya Tak Boleh Cerita Banyak..”, Sharnaaz Ahmad Bebas Reman, Disyaki ‘Belasah’ Penduduk Kondominium

Terbaru, bapa kepada Jebat Jayden Ahmad ini menjelaskan kekeliruan yang timbul selepas genap seminggu bebas reman.

Dalam satu rakaman video, Sharnaaz berkata sementara menunggu keputusan siasatan dia ingin menceritakan secara ringkas apa sebenarnya yang berlaku.

Menurutnya, dia melihat pengadu dan pengawal keselamatan di tempat tinggalnya bergaduh berkaitan minyak. Dia cuba mempertahankan pengawal keselamatan itu sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sharnaaz bagaimanapun yakin dia tidak menumbuk, memijak atau menendang perut penduduk seperti yang tersebar.

Pendekkan, tak payah cerita pasal minyak. So bila Mamu turun bawah, Mamu nampak tengah bergaduh. Mamu cuba pertahankan guard tu sebab Mamu tak boleh tengok orang ditindas. Tak kisah dia bangsa apa, agama apa, warganegara apa, kita tak boleh tindas orang macam tu.

So bila Mamu tahan berlakulah benda-benda yang tidak diingini. Tapi Mamu ingin tegaskan di sini, demi Allah Mamu tidak menumbuk, memijak, mencekik, menendang perut. Itu semua benda-benda karut. Jangan percaya. Mamu yakin tak buat.

Jelas pelakon ini, kertas siasatan semuanya sudah dilengkapkan dan buat masa ini dia menunggu keputusan mahkamah.

Sharnaaz atau lebih mesra disapa Mamu sempat berpesan supaya tidak memandang serong kepada individu yang ditahan reman. Reman hanyalah prosedur untuk membantu siasatan polis.

Kredit: Instagram Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas