Oh! Zarina Anjoulie. Kalau orang luar yang kutuk kita, mungkin boleh buat tak tahu. Tapi bila mak sendiri yang buka aib dan doakan keburukan untuk darah daging dia sendiri, itu satu tamparan yang tak semua orang boleh hadap.
Itulah luahan berani dari pelakon sensasi, Zarina Anjoulie yang mendedahkan sisi gelap hubungannya dengan ibu kandung. Apa yang dikongsikan bukan sekadar cerita biasa, tapi penuh luka yang dah lama dipendam.
Tak sangka mak sendiri yang buat begitu…
Menurut Zarina, ibunya sering memburukkan dirinya kepada tetamu yang hadir ke rumah dan hanya berlakon sebagai seorang yang baik di depan orang.
Ada tak mak sendiri cemburu dekat anak? Semua orang yang datang rumah, dia kutuk aku. Dia suka cerita aib aku. Tapi depan orang dia berlakon dia baik.
Zarina Anjoulie dihalang mengaku anak, didoakan miskin?
Apa yang lebih mengejutkan, Zarina mendakwa ibunya pernah melarangnya daripada mengaku sebagai anak dan turut mendoakan keburukan terhadap dirinya.
Dia pernah cakap ‘kau jangan cakap dekat orang yang kau anak aku, kau jangan malukan aku’.
Dia siap doa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tolonglah miskinkan anak aku’. Itulah doa dia setiap hari.
Zarina juga berkongsi pengalaman pahit sewaktu anaknya, Matin masih kecil. Katanya, ibunya pernah memaksa cucunya itu supaya memanggilnya dengan nama sahaja, bukan “Mama”.
Pernah masa anak aku, Matin kecil, dia kata aku orang gaji dia. Dia tak bagi Matin panggil aku mama, suruh panggil Anju.
Menjawab persoalan netizen yang tertanya kenapa masih tinggal bersama ibunya, Zarina menjelaskan bahawa anaknya kini berada di bawah jagaan neneknya, jadi dia masih menetap di situ demi Matin.
Masih bersyukur walau hati terluka…
Walaupun perit dengan layanan ibu kandung, Zarina tetap bersyukur kerana masih memiliki seorang bapa dan ibu tiri yang amat baik terhadap dirinya.
Aku dah maafkan mak aku 10 kali tapi dia buat lagi. Alhamdulillah, aku sujud syukur sebab diberi ayah dan mak tiri yang jauh lebih baik daripada mak aku sendiri.
Untuk yang mungkin belum tahu, ibu Zarina adalah Aunty Aini, seorang cef terkenal dan pemilik restoran Aunty Aini’s Garden Cafe di Nilai, Negeri Sembilan. Restoran ini pernah dikunjungi chef-cef bertaraf antarabangsa seperti Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan Martin Yan.
Pssttt! Apa pun yang terjadi, kasih seorang ibu memang tiada gantinya. Tapi bila luka datang dari darah daging sendiri, ia bukan sesuatu yang mudah untuk ditelan. Semoga Zarina terus kuat dan diberi jalan kebahagiaan bersama anak tersayang. Jangan takut untuk pertahankan maruah diri, tapi dalam masa yang sama, jaga hati yang pernah melahirkan kita. Kita doakan hubungan mereka pulih suatu hari nanti.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.