Connect with us
shila amzah

Oh! Artis

“Mak Sayang Kakak” – Hantaran Ibu Shila Amzah Jadi Perhatian, Doa Jadi Isteri Dan Ibu Yang Baik

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman mengundang perhatian ramai apabila memuat naik ucapan hari jadi penuh emosi buat anak perempuan sulungnya itu.

Dalam ucapan itu, Fauziah atau lebih mesra disapa Mamazie meluahkan rasa sayang dan mendoakan semoga Shila menjadi seorang ibu dan isteri yang baik.

IKLAN
ibu shila amzah

Mamazie juga berdoa semoga Shila dikurniakan umur yang berkat untuk membawa kebaikan bagi semua orang.

Barakallah fii umrik. Semoga umur anakku adalah umur yang berkat, umur yang membawa kebaikan untuk semua.

Serta umur yang menjadi kesempatan untuk rajin beribadah. Semoga Allah SWT limpahkan rezeki yang tak putus-putus. Selamat hari lahir anakku Shila.

Mak sayang kakak. Mak doakan kakak menjadi Isteri dan ibu yang baik, bahagia di dunia dan di akhirat. Amin ya Allah ya Mujib.

Di ruangan komen, orang ramai turut berasa tersentuh dengan ucapan yang diberikan Mamazie untuk Shila.

shila amzah
shila amzah 2

Menurut netizen, kasih ibu tiada tandingannya dan anak-anak perlu menghargai mereka selagi masih hidup.

Terdahulu, penyanyi Shila Amzah terpalit dengan konflik kekeluargaan apabila bercanggah pendapat dengan adik beradiknya.

Lebih memburukkan keadaan apabila Fauziah Sarman pernah memuat naik hantaran seolah-olah tidak memaafkan kesalahan Shila yang dikatakan membelakangkan statusnya sebagai seorang ibu.

shila amzah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Fauziah Sarman


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas