Connect with us

Oh! Media

“Mak Saya Okay Je Tau” – Qistina Raisah Dikecam Gara-Gara Selfie Dengan Lelaki, Anggap Netizen ‘Over’

Oh! Artis

“Mak Saya Okay Je Tau” – Qistina Raisah Dikecam Gara-Gara Selfie Dengan Lelaki, Anggap Netizen ‘Over’

Bagi peminat drama Melayu tempatan, korang mesti pernah tengok lakonan pelakon cilik Qistina Raisah kan?

ADVERTISEMENT

Qistina yang mencecah usia 14 tahun kini dilihat semakin matang sehingga pelakon kanak-kanak ini dikaitkan dengan gosip cinta.

BACA: “Tak Takut Masuk Penjara Ke?”, Couple Dengan Budak Usia Belasan Tahun, Netizen Nasihat ‘Pakwe’ Qistina

Terdahulu, netizen memetik nama Qistina apabila ada video tular menunjukkan seorang gadis berpelukan dengan lelaki di khalayak ramai. Tapi, Qistina sendiri tampil menafikan sekerasnya individu itu dirinya.

Lepas itu, viral pula gambar Qistina berselfie di samping seorang lelaki. Ramai yang mempersoalkan sama ada mereka bercinta kerana pelakon ini masih di bawah umur. Uish yeke?

Netizen ‘over’

@melodiberapi ‘Mak saya okay je’ haa dengar tu. Qistina Raisah tenang je jawab. #meloditv3 #fyp #daddykugengster #fypシ #qistinaraisah ♬ original sound – Melodi

Tak melatah dengan dakwaan itu, Qistina berkata, netizen bersikap keterlaluan apabila memperbesarkan isu itu.

Menurutnya, perkara itu hanya benda ‘biasa’ dan ibunya sendiri okey kerana ibu sentiasa ada bersamanya. Pendek kata, setiap gerak geri Qistina ni di bawah pemerhatian ibunya la kan.

Mak okey je

Ketika diusik wartawan mengenai status hubungannya bersama lelaki berusia 21 tahun itu, Qistina dengan tenang menjawab, ‘biarlah rahsia”.

Bagi saya netizen over la juga sebab gambar tu takde la berpeluk ke pegang tangan ke sandar ke.. Tak ada pun. Macam selfie dengan kawan-kawan.

Bagi ibu Qistina pula, netizen ada hak untuk memberi sebarang komen tetapi jika hati bersih, patut netizen akan berfikir perkara yang baik. Walau apa pun tanggapan netizen mengenai gambar tu, mereka berdua happy je.

Sebagai pelakon, Qistina juga dah diajar daripada kecil supaya tak baca komen-komen netizen di media sosial.

Kredit: Melodi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas