Connect with us

Oh! Media

Mahu Cari Penyelesaian Secara Baik, Menteri Agama Harap Sajat Serah Diri

Oh! Artis

Mahu Cari Penyelesaian Secara Baik, Menteri Agama Harap Sajat Serah Diri

Sudah sekian lama dicari, namun keberadaan usahawan kosmetik terkenal iaitu Sajat masih belum dapat dijejaki Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga kini.

Sampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar dia menyerah diri sahaja supaya isu itu boleh diselesaikan secara baik.

Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa dengan pegawai JAIS, dan selesaikan isu ini secara baik, supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang, dan saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai JAIS mengenai isu ini, apa yang saya lihat tindakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan.

Dr Zulkifli

IKLAN

Malah, Dr. Zulkifli menyatakan bahawa Sajat tidak sepatutnya mengungkapkan kata-kata seperti mempunyai keinginan untuk keluar daripada agama Islam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti yang berkaitan dengan penyelewengan ajaran Islam.

BACA: “Mereka Buat Saya Nak Keluar Daripada Islam” – Sajat

Sekadar untuk pengetahuan, usahawan tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuatkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.

Kemudiannya, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bertindak mengeluarkan waran tangkap ke atasnya selepas dia gagal menghadirkan diri semasa sebutan semula kes berkenan pada bulan lepas.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas