Connect with us

Oh! Media

“Mereka Buat Saya Nak Keluar Daripada Islam” – Sajat

sajat

Oh! Artis

“Mereka Buat Saya Nak Keluar Daripada Islam” – Sajat

Rasanya ramai yang ternanti-nanti perkembangan lanjut mengenai kisah pihak berkuasa yang masih lagi dalam misi menjejaki usahawan popular Sajat.

ADVERTISEMENT

BACA: Sajat Tiada Ketika Serbuan Di Rumah, Akaun Instagram Juga Dinyahaktif

Pun begitu, tidak semena-mena video miliknya telah tular di media sosial baru-baru ini. Lebih memeranjatkan apabila Sajat sepertinya kecewa dengan layanan yang diterima dan berniat untuk menukar agama.

Bagi mengelakkan salah faham mengenai isu sensitif ini, dipetik daripada laporan Harian Metro, berikut ialah salinan penuh daripada perkataan yang diluahkan Sajat dalam sedutan video berdurasi 1 minit 48 saat.

Disebabkan isunya besar dan bagi mengelakkan tersalah petik, berikut adalah salinan penuh daripada perkataan yang diluahkannya dalam klip video berdurasi 1 minit 48 saat itu.

nur sajat

Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk. Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

Kata Sajat lagi, dia bukannya mahu mengugut.

Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

Malah dia sepertinya serius dengan pertuturannya itu.

Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.

Di akhir video tersebut, ungkapnya,

Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat. Rupa-rupanya…tak tahulah.

nur sajatUntuk pengetahuan semua, Sajat dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula berhubung isu berpakaian wanita pada 2018 dan kini sedang menjadi buruan pihak berkuasa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas