Connect with us

Oh! Media

“Macam Tengok Konsert Senario” – Persembahan Apek Dan Yassin Terima Pujian Ramai

Oh! Artis

“Macam Tengok Konsert Senario” – Persembahan Apek Dan Yassin Terima Pujian Ramai

Semalam telah berlangsungnya program realiti nombor satu tanah air, Gegar Vaganza (GV) musim kelapan menyaksikan seramai 13 peserta telah melakukan persembahan yang mengagumkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Bintang Kembali Menyengat! Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-8

Dengan membawa lagu sendiri, kesemua peserta dilihat memberikan persembahan yang memukau sehingga menambat hati juri-juri dan tiada penyingkiran pada minggu pertama.

Suasana program juga diserikan dengan lawak jenaka daripada duo pengacara meletop, Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan ditambah pula dengan komen juri yang penuh membina.

Aliff Aziz berjaya tambat hati juri, raih markah tertinggi dalam konsert pertama GV8

Walaupun masing-masing telah melakukan persembahan yang terbaik, namun penyanyi yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz berjaya meraih undian tertinggi sebanyak 74.60%.

Lagu zaman kegemilangannya, Sayang Sayang ditambah pula dengan nyanyian merdu penyanyi itu sudah cukup ‘memanah’ hati kesemua juri sehingga diberikan markah tertinggi.

@eddy_bahar Balas kepada @itszuhdi25 #gegarvaganza8 #gegarvaganza2021 #aliffazizgv8 #sayangsayang #foryou #fyp #aliffaziz ♬ bunyi asal – EddyBahar

Dalam konsert itu juga, chef terkenal tanah air, Datuk Fazley Yaakob yang membawa lagu Asmara Ini pula mendapat markah tercorot dengan 53.60%.

Bagaimanapun, Fazley berjaya terselamat daripada menjadi peserta pertama yang tersinggir selepas terdapat lagu untuk minggu seterusnya kepada penyanyi tersebut.

Peserta duo, Saiful Apek dan Yassin berjaya tampilkan persembahan menarik

Selain itu, perserta yang merupakan pelawak lagenda tanah air, Saiful Apek dan Yassin juga tidak terlepas daripada menjadi perhatian ramai selepas mempamerkan persembahan yang berkualiti.

Walaupun ramai pihak yang tidak menjangka pasangan duo ini akan menyertai GV, namun nyanyian mereka bukan sahaja mencuri perhatian peminat, malah daripada juri-juri sehingga mendapat markah sebanyak 59.90%.

Menerusi lagu masing-masing yang digabungkan, Apek telah membawa lagu keramatnya yang pernah terkenal pada tahun 2008, Aspalela manakala Yassin membawa lagu Cari Tapak.

Lagu tersebut sedikit sebanyak berjaya melepaskan kerinduan masyarakat pada zaman dahulu lebih-lebih lagi ia dinyanyikan sendiri oleh ahli kumpulan senario di atas pentas.

Juri, Bonda Hetty Hoes, tampil memberikan pujian terhadap mereka dari segi keharmonian membawa lagu tersebut selain turut menasihatkan agar mencari lagu lain yang lebih sesuai.

@eddy_bahar Balas kepada @m.hazrul09 #gegarvaganza8 #gegarvaganza2021 #saifulapekyassin #fyp #foryou #caritapak #aspalela ♬ bunyi asal – EddyBahar
https://youtu.be/Vnw2vOfPYVo

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji persembahan pelawak otai tersebut selain terkejut dengan alunan suara mereka yang dikira agak unik.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 500,000 jumlah tontonan serta mendapat 32,100 tanda suka.

Kredit: TikTok Eddy_Bahar I Instagram Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas