Connect with us

Oh! Media

“Macam Ni Hari-Hari.. Confirm Menang” – Hampir 3,000 Jemaah ‘Join’ Geng Subuh Macam Jumaat Alif Satar

Alif Satar Solat

Oh! Artis

“Macam Ni Hari-Hari.. Confirm Menang” – Hampir 3,000 Jemaah ‘Join’ Geng Subuh Macam Jumaat Alif Satar

Selebriti versatil, Alif Satar meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan orang ramai terhadap program Geng Subuh Macam Jumaat yang dianjurnya.

BACA: “Baru Betul Contoh Influencer” – Ramai Puji Alif Satar Ajak Subuh Di Masjid Macam Solat Jumaat

Difahamkan, hampir 3,000 jemaah berkumpul di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara untuk solat subuh berjemaah dan kuliah subuh.

IKLAN

Selepas itu, program diteruskan dengan larian Fun Run sejauh 5km yang diketuai oleh penyanyi itu sendiri.

Kata Alif, umat Islam pasti akan menang jika jemaah berpusu-pusu ke masjid untuk solat jemaah seperti semalam.

Pempengaruh, Ryzal Ibrahim dilihat turut memeriahkan masjid dan menyahut seruan solat subuh berjemaah Alif Satar.

Alif satar

Terdahulu, Alif Satar mengajak para pengikut media sosialnya untuk solat subuh secara berjemaah di masjid.

Alif yang mempunyai lebih 3 juta followers di Instagram mahu masjid meriah dengan para jemaah pada waktu subuh seperti mana solat Jumaat.

Kredit: Instagram Alif Satar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas