Connect with us

Oh! Media

“Macam Mana Nak Support?” – Shakilla Khoriri Kecewa Zoo Negara Hambar, Menyedihkan

Oh! Artis

“Macam Mana Nak Support?” – Shakilla Khoriri Kecewa Zoo Negara Hambar, Menyedihkan

Musim cuti sekolah dah tiba, masa ni lah ibu bapa ambil peluang nak bawa anak-anak berjalan kan? Bagi ibu bapa yang sibuk dengan kerja, mereka memanfaatkan masa hujung minggu dengan melawat kawasan tarikan di ibu kota.

ADVERTISEMENT

Tapi lain pula yang jadi apabila pelakon, Shakilla Khoriri yang berkunjung ke Zoo Negara mendakwa kawasan itu menyedihkan serta tak ada tarikan istimewa.

Kata Shakilla, siapa yang pernah ke Zoo Negara sebelum ini pasti tahu apa yang dia nak sampaikan. Ibaratnya, tak ada perubahan antara dulu dan sekarang.

Luah Shakilla lagi, macam mana pengunjung nak beri sokongan dekat Zoo Negara kalau tak ada pembaharuan dibuat.

Cuba positif dan cari apa yang lain untuk aku bualkan pada anak-anak tapi takde.
Ohhhh… ada PANDA je lah.

Pelakon ini mencadangkan agar pihak pengurusan Zoo Negara duduk berbincang untuk atasi masalah ni. Iyalah, kesian ibu bapa dan anak-anak datang nak enjoy tapi hambar kan?

Kredit: Instagram Shakilla Khoriri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas