Connect with us

Oh! Media

Lukisan Beruk Dengan Pakaian Bangsawan Berwarna Kuning, Fahmi Reza Kini Dalam Tahanan Polis

Ohmedia fahmireza

Oh! Artis

Lukisan Beruk Dengan Pakaian Bangsawan Berwarna Kuning, Fahmi Reza Kini Dalam Tahanan Polis

Pagi tadi, aktivis kontroversi, Fahmi Reza memaklumkan melalui Twitter yang dia perlu hadir ke balai polis untuk disoal siasat. Ini kerana dia telah berkongsi lukisan beruk dengan tengkolok beserta pakaian bangsawan berwarna kuning yang kelihatan seperti menghinat institusi diraja.

BACA: Fahmi Reza Dakwa Akan Disiasat Petang Ini Di Bukit Aman Selepas 15 Jam Lukisan Beruk Dikeluarkan

Terkini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mengesahkan penahanan Fahmi Reza bagi membantu siasatan lanjut. Dia ditahan sebaik sahaja hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disiasat.

IKLAN

Kertas siasatan melibatkan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 juga telah dibuka kerana cenderung menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Hantaran itu mendapat 12,000 maklum balas, 3,400 komen dan 966 perkongsian sejak dimuat naik dan mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan.

Orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam. – Katanya.

Perintah reman ke atas Fahmi juga akan dilakukan di mahkamah esok.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas