Connect with us

Oh! Media

Fahmi Reza Dakwa Akan Disiasat Petang Ini Di Bukit Aman Selepas 15 Jam Lukisan Beruk Dikeluarkan

fahmi reza

Trending

Fahmi Reza Dakwa Akan Disiasat Petang Ini Di Bukit Aman Selepas 15 Jam Lukisan Beruk Dikeluarkan

Malam tadi, Fahmi Reza tiba-tiba menarik perhatian ramai apabila berkongsi karya lukisan terbarunya yang menunjukkan seekor beruk memakai tengkolok dan berpakaian bangsawan berwarna kuning. Akibat dari lukisan itu, pelbagai reaksi yang kita dapat lihat di Twitter.

ADVERTISEMENT

BACA: Fahmi Reza Kembali Dengan Lukisan Satira Beruk Pakai Tengkolok Seperti Sultan Undang Pelbagai Reaksi

Terkini, Fahmi sekali lagi tampil mendakwa dirinya akan disiasat di bawah Akta Hasutan selepas 15 jam dia berkongsi lukisan terbabit.

Aku dah terima panggilan telefon dari polis Bukit Aman. Tak sampai 15 jam polis dah buka kertas siasatan bawah Akta Hasutan dan Akta Sakit Hati kerana grafik satira beruk yang aku post malam tadi.

Polis minta datang balai untuk disoal siasat petang ni juga. Kita jumpa kejap lagi PDRM! – Tulisnya.

Rata-rata netizen tidak menyokong tindakan Fahmi kerana ia amat ketara menghina Sultan Selangor yang sebelum ini telah membeli sebuah lukisan suasana Dewan Rakyat. Tapi ada juga yang menyokong, apa nak jadi la!

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas