Connect with us

Oh! Media

Linda Hashim Nafi Berbaik Semula Dengan Beego

Ohmedia linda hashim beego

Oh! Artis

Linda Hashim Nafi Berbaik Semula Dengan Beego

Linda Hashim jelaskan makan bersama Beego hanya kerana anak-anak, bukan kerana berbaik semula.

Beberapa hari lalu, gambar pelakon Beego makan bersama keluarga jadi perhatian ramai bila netizen mula berspekulasi dia dan isterinya, aktres Linda Hashim, sudah kembali berbaik.

Menjawab persoalan berbangkit, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, pertemuan itu berlaku atas permintaan anak-anak yang mahu makan bersama bapa mereka.

BACA: Linda Hashim Jawab Dakwaan Beego Dalam Kelab Malam

IKLAN

Itu sekadar ikut pemintaan anak yang baru keluar hospital, selama dia dekat hospital makan tak berapa selera. Jadi kami bawa makan dan selepas itu balik, tiada apa pun.- Jelasnya.

Linda menegaskan dia dan Beego hanya bertindak secara profesional demi anak-anak, manakala urusan rumah tangga mereka tetap diselesaikan secara peribadi.

Linda Hashim tak pernah halang anak jumpa bapa…

Dalam perkembangan lain, Linda turut mendedahkan sepanjang proses penceraiannya, dia tidak pernah menghalang anak-anak daripada bertemu dengan Beego.

Selama proses ini pun saya bagi saja dia bertemu anak-anak malah galakkan lagi.- katanya.

Linda juga berharap hubungan baik tetap terjalin antara mereka biarpun andai berlaku perpisahan, kerana itu yang terbaik untuk kebahagiaan anak-anak.

Linda Hashim dan Beego dalam usaha selesaikan masalah rumah tangga…

Beego Linda Hashim

Kami pun ada berbincang juga mungkin akan selesaikan kes kerana antara kami sudah tidak boleh bersama tapi urusan anak-anak tetap berjalan macam biasa.- Ujarnya.

Sebelum ini, Beego berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga makan bersama di TikTok miliknya, yang menjadi punca timbulnya spekulasi netizen.

Untuk rekod, Linda memfailkan cerai pada Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman. Pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum rujuk semula pada 9 April tahun sama. Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Pssttt! Dalam hal rumah tangga, anak-anak selalu jadi mangsa bila berlaku masalah antara ibu bapa. Apa yang Linda buat ni patut jadi contoh, masalah pasangan biarlah diselesaikan sendiri, tapi jangan sesekali pisahkan anak dengan kasih sayang ibu atau bapa. Ohmedia harap korang yang alami situasi sama, sentiasa utamakan kebahagiaan anak-anak dulu.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas