Connect with us

Oh! Media

“Lemahhh” – Puteri Sarah Tunjuk Bukti Mesej, Dakwa Lagi Sekali Kena ‘Block’ Dengan Syamsul

puteri sarah

Oh! Artis

“Lemahhh” – Puteri Sarah Tunjuk Bukti Mesej, Dakwa Lagi Sekali Kena ‘Block’ Dengan Syamsul

Hasrat Puteri Sarah Liyana untuk mulakan hidup baru selepas diceraikan tak kesampaian apabila suaminya, Syamsul Yusuf tak melafazkan talak.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Minta Tak Sampai RM1 Juta Pun” – Syamsul Yusof Minta Diskaun Nafkah Anak Dan Mutaah

Menurut Puteri Sarah, dia tak bersetuju dengan permohonan Syamsul yang mahu diskaun bagi tuntutan nafkah anak dan mutaah. Jika mahu dilepaskan, Puteri Sarah juga dikatakan diminta menarik semula saman terhadap keluarga Ira Kazar.

BACA: “Hello Bro, If I Tunjuk Video Tak Senonoh Dengan Ira, Lagi Teruk Kot” – Puteri Sarah Bengang Dengan Suami

Namun, Syamsul menegaskan bahawa Puteri Sarah yang menukar perjanjian yang telah dipersetujui di saat akhir. Eh yang mana satu?

Terbaru, pelakon Andai Itu Takdirnya ini memuat naik bukti mesej yang mana dia tak pernah menyebut mahu menarik balik saman terhadap keluarga madunya.

Menerusi mesej yang bertarikh 10 April, Puteri Sarah berkata dia mahu menyelesaikan isu yang tercetus antara mereka one by one.

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej di Whatsapp

puteri sarah

Pada tarikh 12 April pula, pelakon ini memberi amaran kepada Syamsul supaya tak masuk campur urusan samannya dengan Ira Kazar.

Pesan jangan masuk campur urusan saman

puteri sarah cerai

Dia mahu memberi pengajaran kepada Ira yang didakwa bersikap kurang ajar dengannya. Malah, Puteri Sarah ada menyatakan kesudian untuk berbaik dengan Syamsul tapi bukan dengan keluarga isteri keduanya.

Dalam perkongsian tersebut, aktres ini mendakwa dia sekali lagi telah disekat di Whatsapp seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas