Connect with us

Oh! Media

Lelaki Masuk Live Datin Elvina Tunjuk ‘Anu’ Buat Ramai Terkejut!

Oh! Artis

Lelaki Masuk Live Datin Elvina Tunjuk ‘Anu’ Buat Ramai Terkejut!

Sekarang semakin ramai artis menggunakan aplikasi Instagram untuk melakukan sesi live bersama rakan-rakan selebriti dan mereka juga selalunya akan menerima peminat untuk borak santai bersama.

ADVERTISEMENT

Tetapi lain pula jadinya dalam sesi live pelakon Datin Elvina Mohamad apabila selepas seorang peminat lelaki terlepas masuk dalam sesi terbabit dan menunjukkan kemaluannya.

Elvina menjelaskan insiden itu amat mengejutkannya apabila rakannya tersilap menerima masuk individu terbabit.

Ceritanya seorang rakan ajak saya ‘live’ di Instagram. Saja nak lepas rindu sebab sudah lama tak jumpa. Maklumlah sepanjang pandemik Covid-19 ini, media sosial tempat kita nak lepaskan rindu, dan berhubung dengan yang lain. Malangnya, lain pula yang jadi.

Seorang daripada rakan kami komen minta nak join ‘live’, jadi Zawa (rakan) pun terima permintaan daripada dia. Tak sangka yang masuk adalah orang lain, individu tak bertanggungjawab godam ‘live’ kami dengan menunjukkan kemaluannya. – Jelasnya.

Elvina turut menasihatkan orang ramai turut berhati-hati selepas mendapati ini bukan kejadian kali pertama melibatkan individu yang sama.

Kepada individu yang tak bertanggungjawab itu, media sosial ini bukan tempat untuk melepaskan nafsu ya. Tolonglah berhenti buat benda tak senonoh tu! Engkau dah kenapa? – Jelasnya lagi.

Kejadian seperti ini amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku. Bagi sesiapa yang turut melakukan perkara yang sama, hentikanlah perbuatan terkutuk ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top