Connect with us

Oh! Media

Lelaki Dakwa Ada Artis Wanita ‘Sendu’ Pernah Terima Tawaran RM5,000 Hanya Untuk Video Call Terlampau

Ohmedia video call

Oh! Artis

Lelaki Dakwa Ada Artis Wanita ‘Sendu’ Pernah Terima Tawaran RM5,000 Hanya Untuk Video Call Terlampau

Takut betul hidup zaman sekarang ni sebab orang masih boleh lakukan gangguan seksual walaupun secara online. Orang perempuan memang selalu kena gangguan macam ni dari lelaki-lelaki gatal dan gersang.

Lebih sedih ada pula perempuan yang sanggup terima tawaran mereka dan menggadai maruah diri. Macam apa yang dikongsikan seorang wanita, dikenali sebagai Zana apabila menerima direct message (DM) daripada seorang lelaki.

Sudah kata tak nak tapi tetap dipaksa..

Dalam perkongsian itu, Zana dedahkan ayat lelaki berkenaan yang menawarkan bayaran sehingga RM5,000 hanya untuk melakukan video call dan melayan nafsu jijiknya.

IKLAN

Saya terkejut sebab ada orang yang sanggup buat permintaan bukan-bukan. Rasa menggigil sikit, takut tu memang ada. Tapi saya jadi tertanya-tanya, kenapa dia nak buat benda macam tu.

Walaupun kita cakap tak nak layan, dia masih nak teruskan. Akhirnya saya report akaun Instagram dan block lelaki tu.

Screen shot 2022 06 24 at 94824 pm

Zana yang pada mulanya ditawarkan RM2,000 dan kemudian dinaikkan kepada RM5,000 tidak terpengaruh dengan tawaran lelaki terbabit. Bagaimanapun, Zana bimbang keluarganya atau orang lain termakan dengan tawaran berkenaan. Disebabkan itulah Zana mengambil peluang untuk berkongsi apa yang dilaluinya di Twitter dan WhatsApp.

Apa yang lebih mengejutkan Zana adalah apabila lelaki itu turut mendakwa pernah membayar seorang artis wanita tidak popular untuk melakukan aksi bersama.

Semoga apa yang dikongsikan ini menjadi rujukan kita untuk lebih berhati-hati dan sentiasa memantau anak gadis kita agar tidak menjual maruah diri.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas