Connect with us

Oh! Media

Fattah Amin Kejutkan Peminat! Lagu ‘Lelaki Terakhir’ Trending

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Fattah Amin Kejutkan Peminat! Lagu ‘Lelaki Terakhir’ Trending

Nama pelakon, Fattah Amin terus menjadi bualan ramai, bukan sahaja kerana kisah peribadinya, tetapi juga pencapaiannya dalam industri hiburan.

Terbaharu, single ‘Lelaki Terakhir’ yang dinyanyikannya berjaya mencuri perhatian dan kini trending di YouTube Music Malaysia.

Lagu ciptaan Mel Ramlan itu telah dimuat naik di YouTube Fattah Amin pada 21 Februari dan dalam tempoh dua hari sahaja, ia sudah mengumpul lebih 50,000 tontonan serta 3,000 tanda suka, sekaligus menduduki tangga #26 dalam carta trending muzik YouTube Malaysia.

IKLAN

“Saya tak sangka lagu ini trending”- Fattah Amin

Amira Othman

Fattah meluahkan rasa syukur kerana lagu baharunya berjaya mencuri perhatian peminat meskipun ia sebuah balada romantik yang bertemakan kesetiaan dan perjuangan dalam hubungan cinta.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan terharu dengan sambutan luar biasa daripada peminat terhadap ‘Lelaki Terakhir’. Saya tak sangka lagu ini diterima begitu baik dan terus trending dalam masa yang singkat.

Tambahnya, proses menghasilkan lagu ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi sokongan peminat dan pasukan kreatif telah memberi dorongan besar dalam menjayakan projek ini.

Lagu sarat makna, dekat di hati peminat…

Fattahjpg

Menurut Fattah, ‘Lelaki Terakhir’ bukan sekadar lagu biasa tetapi turut menggambarkan cabaran dalam percintaan.

Lagu ini sangat bermakna bagi saya kerana ia menggambarkan perjalanan cinta yang penuh dugaan. Namun, jika disertai dengan kesetiaan dan doa, cinta itu pasti kekal hingga ke akhir hayat.

Dari segi muzik, lagu ini menggabungkan elemen moden dengan sentuhan balada klasik yang sesuai didengar oleh semua peringkat usia.

Menariknya, lagu ‘Lelaki Terakhir’ turut dipilih sebagai runut bunyi rasmi (OST) drama bersiri ‘Keluarga Itu’, di mana Fattah membawakan watak Ansara.

#ApaKataOhmedia

Fattah Amin memang idola ramai la, terbaik abang long. Mesti kak long suka, ehh! Apapun, korang dah dengar belum lahu Fattah ni, pergi lah dengar, mesti termimpi-mimpi nanti.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: YouTube


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas