Connect with us

Oh! Media

“Kualiti Macam Ni Ditagihkan” – TikToker Ratu Farah Masuk TV, Sharul Kamal Luah Rasa Kecewa

Featured 713x401 No Box 57

Oh! Artis

“Kualiti Macam Ni Ditagihkan” – TikToker Ratu Farah Masuk TV, Sharul Kamal Luah Rasa Kecewa

Popular di aplikasi TikTok, Ratu Farah sekali lagi menjadi bahan kecaman gara-gara menari lincah sambil menyanyi di program Meletop.

Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi rakan artis seperti AC Mizal, Sherry Alhadad dan Afiq Shazwan yang seolah-olah terkejut mendengar nyanyian Ratu Farah.

Ratu Farah jadi tetamu program

Seperti yang dijangka, kehadiran influencer TikTok pada malam itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Mereka mempertikaikan tujuan stesen televisyen menampilkan orang seperti Ratu Farah sebagai tetamu.

IKLAN
Whatsapp image 2023 02 08 at 53358 pm

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2015, Sharul Kamal di Twitter turut meluahkan isi hatinya. Katanya, sebagai anak seni, dia bekerja keras untuk menghasilkan lagu berkualiti tapi tak diberi peluang untuk tampil ke hadapan.

Kerja keras buat lagu berkualiti tapi..

Whatsapp image 2023 02 08 at 53343 pm

Dia sememangnya mahu mempromosikan lagu di program televisyen yang ada rating tinggi tetapi jawapan yang selalu diterimanya, ‘nanti kami check slot’.

Apakan daya, kualiti macam ni yang ditagihkan.

Nampaknya, penyanyi ini tak bersendirian apabila ramai dalam kalangan netizen turut bimbang melihat ‘trend’ TikToker diberikan lagu walaupun bersuara sumbang.

Lebih mengecewakan, rakaman lagu mereka bukanlah secara suka-suka tetapi diberi peluang muncul di kaca TV.

Whatsapp image 2023 02 08 at 54207 pm

Apa pendapat korang pula?

Kredit: Twitter Sharul Kamal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas