Connect with us

Oh! Media

Kontrak Tamat Lebih Awal, Kaka Azraff Minta Syarikat Rakaman Beri Penjelasan

kaka azraf

Oh! Artis

Kontrak Tamat Lebih Awal, Kaka Azraff Minta Syarikat Rakaman Beri Penjelasan

Penyanyi Kaka Azraf mendedahkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia menamatkan kontrak secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan munasabah.

ADVERTISEMENT

BACA: Amelia Henderson Langgar Kontrak, Diperintah Bayar Saman RM213k Kepada Syarikat Produksi A. Aida

Jelas penyanyi lagu Bukan Hal Aku ini, dia berasa kecewa kontrak ditamatkan macam tu je tanpa perbincangan.

kontrak kaka azraf

Kami ada berjumpa tapi bukan berbincang. Saya pun tidak tandatangani surat berkenaan sebab perlu perhalusi terma bersama peguam memandangkan mereka menegaskan tindakan saya bersuara tentang Palestin bercanggah dengan polisi global.

Setakat ini, Kaka tak ada perancangan untuk ambil tindakan undang-undang, cuma mahu syarikat rakaman beri sebab kukuh. Penyanyi ini berfikiran positif apabila percaya rezeki Allah SWT itu luas.

Dalam pada itu Kaka menafikan tuduhan dia antisemitik dan bersikap perkauman. Jelasnya, dia hanya meluahkan pendapat secara peribadi kepada pelakon Australia, Nathaniel Buzzolic menerusi DM bukan meninggalkan komen secara terbuka.

kaka azraf
Kredit: Murai

Saya akui, mungkin pilihan kata-kata saya agak keras, tetapi itu menggambarkan kemarahan saya pada waktu itu menyaksikan ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku di hadapan mata seisi dunia pada waktu ini.

Penyanyi ini berpendapat dia seharusnya memilih kata-kata yang lebih sopan. Isu penamatan kontrak ini pula mencetuskan tanda tanya apabila syarikat rakaman tidak menyatakan sebab jelas di dalam notis yang diberikan.

Pihaknya meminta syarikat rakaman untuk memperjelaskan perkara ini, adakah benar penamatan ini disebabkan DM Kaka yang bersimpati dan bersolidariti dengan rakyat Palestin serta menempelak Israel?

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas